Tuesday, November 18, 2014

Petua Harumkan Bau Badan

Anda mengalami masalah bau badan? Kajian menunjukkan bahawa seseorang itu tidak boleh mengesan bau badan sendiri dan sekiranya seseorang itu memilik bau badan yang kurang menyenangkan, ia boleh memberi pelbagai kesan negatif kepada keyakinan diri, selain daripada membuat orang di sekeliling berasa tidak selesa.

Selain itu, bau badan juga menggambarkan tahap kebersihan seseorang.Jadi, menjaga kebersihana tubuh badan amatlah penting dan di sini saya kongskina beberapa petua untuk mengharumkan bau badan.

DAUN PANDAN 

Daun pandan memang terkenal dan sering digunakan dalam masakan.Selain untuk tujuan masakan, daun pandan turut digunakan secara meluas dalam tujuan kecantikan.Bagi mengharumkan bau badan, 

  1. Kisar 15 hingga 20 helai daun pandan.
  2. Tapis dan ambil jus daun pandan serta campurkan dengan air biasa
  3. Gunakan sebagai mandian
  4. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu

HAMPAS KELAPA ATAU TEH
Hampas kelapa atau daun teh yang telah digunakan, jangan dibuang begitu sahaja,Kedua-duanya boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan.
  1. Gosok hampas kelapa atau teh pada keseluruhan badan terutama di ketiak dan leher.
  2. Biarkan selama 20-45 minit
  3. Bilas
  4. Amalkan 2x seminggu

TIMUN MUDA
  1. Kupas kulit sebiji timun muda.
  2. Basuh timun sehingga bersih
  3. Gosokkan timun muda pada bahagian yang mudah berpeluh
  4. Boleh diamalkan setiap hari sehingga bau badan hilang

KULIT BUAH OREN
Buah oren sememangnya kaya dengan Vitamin C.Bukan itu saja, kulitnya juga boleh digunakan.


  1. Cincang kulit buah oren sehingga halus.
  2. Celurkan  kedalam air panas mendidih.
  3. Biarkan sehingga air menjadi kuning dan berminyak.
  4. Sapukan air tersebut pada badan setiap kali selepas mandi.

Anda juga boleh mendapatkan SUPPLEMEN SHAKLEE yang membantu untuk mengharumkan bau badan.Sila klik gambar di bawah ini untuk info lanjut.


Untuk mendapatkan Produk Shaklee atau pertanyaan lanjut,sila hubungi

MAS NEZA
SMS/Whatsapp : 016-607 3849
E-mail : masneza223@gmail.com

No comments:

Post a Comment