Wednesday, November 5, 2014

10 Tips Mengawal Kemarahan

Marah ialah sifat biasa yang wujud dalam diri manusia. Kita hidup dalam dunia penuh cabaran.Walhal ketika memandu kenderaan sekalipun, pasti akan terdetik rasa marah ketika kereta lain tidak memberikan signal ketika hendak menukar laluan.Jadi, bagaimana mengawal kemarahan ini? Apa yang perlu kita lakukan?

  • Luangkan waktu
Sebelum bertindak balas terhadap situasi yang membautkan anda marah, sebaiknya diam sejenak.Tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 10.Beredar seketika untuk menghindari situasi yang tegang.

  • Setelah tenang, baru luahkan.
Setelah tenang dan boleh berfikir dengan jelas, baru ungkapkan rasa kesal anda dengan cara yang baik dan tidak berapi-api.Luah perkara yang mengganggu fikiran anda tanpa menyakiti hati orang lain.

  • Bersenam
Aktiviti fizikal mampu digunakan untuk mengendalikan emosi.Jika merasa kemarahan sudah berada di ubun-ubun, berjalan-jalan sejenak atau berlari.Aktiviti fizikal mengeluarkan hormon gembira.

  • Berfikir sebelum bercakap
Ketika kemarahan sedang meluap-luap, sering kali mereka mengeluarkan kata-kata kemudian,disesali.Jadi, sebelum memuntahkan kemarahan, sebaiknya berfikir dahulu.

  • Cari penyelesaian
Daripada fokus terhadap masalah, lebih baik anda cari jalan penyelesaian.Ingatkan pada diri bahawa kemarahan tidak menyelesaikan masalah bahkan membuatkan anda tidak tentu arah.

  • Jangan berdendam
Maaf adalah penawar paling kuat.Memang sukar tetapi itu adalah penawar paling mujarab.

  • Berjenaka
Gunakan humor dan jenaka untuk membuat suasana lebih ringan.

  • Bertenang dan rileks
Ketika anda mula hendak marah, kemampuan untuk rileks mungkin sangat diperlukan.Tarik nafas dalam-dalam dan luahkan kata-kata yang boleh membuat anda menjadi tenang.

  • Tahu bila anda harus memnita pertolongan
Cari orang lain jika anda berasa kemarahan anda tidak lagi mampu dikawal.Ini boleh mencegah daripada anda melakukan perkara yang lebih buruk dan menyakiti hati suami/isteri/anak-anak.

Perhatian kepada anda, OMEGA GUARD DAN B COMPLEX Shaklee boleh membantu meredakan tekanan dan stress yang anda alami. 
                        


Sila klik ikon dibawah untuk order online.

Bagaimana membuat order online (esell).Klik dibawah.


Untuk mendapatkan Produk Shaklee atau pertanyaan lanjut,sila hubungi
MAS NEZA
SMS/Whatsapp : 016-607 3849
E-mail : masneza223@gmail.com

No comments:

Post a Comment