Wednesday, November 19, 2014

5 TIPS HEBAT Kawal Kewangan Tinggi

Tips di bawah ini tidak akan membawa kesan jika anda tidak mengamalkan dan terus boros berbelanja dan gagal mendisiplinkan diri untuk berbelanja mengikut nafsu.


Bagi membantu anda menjimatkan belanja dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat, anda disarankan;

KURANGKAN MAKAN DI LUAR
Tips ini memang terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutamanya di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3x kos memasak sendiri.Oleh itu adalah lebih baik, masak sendiri berbanding makan di luar.

CATAT PERBELANJAAN
Catat perbelanjaan harian anda.Berapa duit masuk, duit keluar.Kaedah ini memberikan anda maklumat bagaimana mengawal trend perbelanjaan.

MENYIMPAN
Ramai daripada kita tidak menyedari sebenarnya kebanyakan daripada kita menggunakan cara yang salah dalam pengurusan kewangan.Kita menganggap, simpanan ialah lebihan wang setelah menolakkan perbelanjaan daripada pendapatan.

Cara ini menyebabkan anda meletakkan simpanan itu berada di belakang.Anda perlu ubah cara berfikir dalam mengurus kewangan supaya kita tidak dibelenggu dan dijerut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan.

  • Simpan 10% daripada gaji anda.Orang Jepun menyimpan 20% daripada gaji mereka.
  • Pastikan duit disimpan di institusi kewangan yang menyebabkan kita SUSAH UNTUK MENGELUARKAN DUIT.Contohnya,Tabung Haji.
JAGA HARTA BENDA
Amat penting bagi kita menjaga harta benda.Contoh paling mudah ialah, kereta.Sekiranya kita suka memandu dengan kelajuan tinggi,ini menyebabkan risiko untuk terlibat dalam kemalangan adalah tinggi.Di samping itu, ia menyebabkan tayar cepat haus,brek rosak dan sebagainya.Seperti yang sedia maklum, kos membaiki kenderaan, TIADA YANG BERHARGA RM 100. Justeru, fikir sebelum bertindak.

KURANGKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT
Penggunaan kad kredit menyebabkan anda berbelanja tanpa had kerana selesa dengan hakikat bahawa kad kredit ada had limit maksima dan kita masih boleh berbelanja selagi tidak mencapai had maksima tersebut.

Situasi itu menyebabkan kita cenderung untuk berbelanja lebih daripada keperluan.Oleh itu, kita disarankan untuk mengurangkan penggunaan kad kredit.Guna apabila perlu sahaja.

BERITA BAIK! Anda ingin menambah pendapatan? Sila klik ikon di bawah.Tanpa modal, boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.



Untuk mendapatkan Produk Shaklee/ menjana PENDAPATAN bersama Shaklee atau pertanyaan lanjut,sila hubungi

MAS NEZA
SMS/Whatsapp : 016-607 3849
E-mail : masneza223@gmail.com

No comments:

Post a Comment