Wednesday, November 26, 2014

Khasiat Daun Betik

Betik seringkali kita makan, tapi daunnya, boleh kah digunakan? Haa, jangan tak tahu, daun betik ni 1001 khasiat juga.Selain daripada daunnya direbus dan diminum untuk pesakit denggi, ia juga mempunyai beberapa manfaat lain.


Antara khasiat lain daun betik ialah:

UBAT JERAWAT

  • Daun betik tua yang kering boleh dijadikan skrub dan membantu menghilangkan jerawat pada wajah.
  • Kisar daun tersebut dengan air, kemudian sapukan pada kulit yang berjerawat.
  • Biarkan ia kering dan cuci hingga bersih.


MENGURANGKAN SENGGUGUT

  • Ambil 6 helai daun betik.
  • Rebus dengan 1 liter air selama 15 minit.
  • Tambahkan dengan apa-apa jus yang disukai.
  • Biarkan ia sejuk dan minum 3X sehari.


MEREDAKAN MASALAH PENCERNAAN
Daun betik mampu menyingkirkan serangan bakteria yang menyebabkan masalah perut.

MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Daun betik kaya dengan antioksida yang meningkatkan sistem kekebalan dan mampu mencegah penyakit jantung, strok dan kanser.

Untuk mendapatkan Produk Shaklee atau pertanyaan lanjut,sila hubungi

MAS NEZA
SMS/Whatsapp : 016-607 3849
E-mail : masneza223@gmail.com

No comments:

Post a Comment