Saturday, May 31, 2014

Sikap Pemarah Beri Kesan Pada Kesihatan

Habis pintu dihempas kuat, barang-barang juga dicampak sana-sini. Marah betul gayanya.Mungkin anda pernah melakukan sikap sebegini ketika marah besar.Kadang-kadang kita tidak tahu sikap kita itu mendatangkan mudarat pada kesihatan. Ia memberi kesan kepada tubuh terutamanya pada;


1) OTAK
Kemarahan akan mengelilingi memori anda.Emosi memuncak akan memacu pelepasan hormon kortisol dan hormon stress yang lain dan ia akan mengalihkan pusat memori di otak anda.

2) JANTUNG
Degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat.Perasaan benci akan melepaskan hormon adrenalin iaiatu hormon yang meningkatkan tekanan darah.

Jika tekanan darah meningkat secara berterusan, anda berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan strok.

3) MATA
Kemarahan dapat memacu ocular migraines (migrain mata).Dalam keadaan ini, anda akan melihat kilatan cahaya dan garis-garis tidak teratur.Ini disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah di sekitar mata.

4) GIGI
Kadang kala anda secara tidak sengaja mengetap gigi dengan kuat.Hal ini menyebabkan rahang anda menjadi sakit dan tak kurang juga ada yang terpatah giginya kerana terlalu kuat mengetap gigi menahan amarah yang memuncak.

5) DAYA TAHAN TUBUH
Perasaan marah menyebabkan berlakunya penurunan imunisasi kerana hormon enipherin di pam kencang apabila amarah sampai ke ubun-ubun kepala.
Itulah sebabnya dalam keadaan begini, anda mudah diserang penyakit.

Untuk mendapatkan Produk Shaklee,sila hubungi
MAS NEZA
SMS/Whatsapp : 016-607 3849
E-mail : masneza223@gmail.com

No comments:

Post a Comment