Thursday, November 27, 2014

5 Cara Menjaga Mulut Elak Dosa

Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa.Pepetah Melayu ini cukup kuat menunjukkan bahawa pentingnya menjaga mulut.Sebelum kita menuturkan sesuatu, berfikirlah agar tidak ada yang tersinggung.


Antara cara menjaga mulut untuk mengelakkan dosa ialah;

BERCAKAP PERKARA YANG PERLU
Kurang bercakap-cakap kosong yang akhirnya membawa kepada mengumpat.

ELAKKAN BERTANYA URUSAN ORANG LAIN YANG TIDAK BERKAITAN DIRI SENDIRI DAN AGAMADalam erti kata lain, jangan jaga tepi kain orang.Orang tu nak beli sofa baru ke, TV baru ke.Kita tak perlu campur tangan.

MEWUJUDKAN SUASANA SALING MEMPERCAYAI
Diaplikasikan dalam rumahtangga, suami perlu mempercayai isteri begitu juga sebaliknya.Kepercayaan penting bagi menjaga keharmonian rumahtangga. Jangan terus mempercayai kata orang lain tanpa sola selidik.

MENGGUNAKAN KATA-KATA YANG LEMAH LEMBUT
Gunakan bahasa yang lembut untuk bertutur.Janganlah menengking, meninggikan suara.Walhal ketika marah, cubalah merendahkan suara.

ELAKKAN PERKATAAN BERNADA MENGHINA DAN MENGEJEK
Situasi ini sering kita dengar.Mentang-mentang kawan tu gemu, panggil dia Gajah.Tersinggung hati rakan tersebut.Sesungguhnya, cantik,gemuk,kurus itu semua ialah ciptaan Allah.Kita sebagai hambanya tidak layak untuk mengkritik.

Untuk mendapatkan Produk Shaklee atau pertanyaan lanjut,sila hubungi

MAS NEZA
SMS/Whatsapp : 016-607 3849
E-mail : masneza223@gmail.com

No comments:

Post a Comment