Friday, May 2, 2014

Minum Teh Tanpa Susu untuk kesihatan jantung

Bagi penggemar teh, anda dinasihatkan agar menikmati teh tanpa susu.Maknanya, anda perlu mula berjinak-jinak untuk minum Teh 'O' pula selepas ini. Tidak dinafikan, minum teh di waktu pagi atau minum petang lebih enak.Namun, melalui ujian yang dijalankan, jika anda ingin manfaat teh yang maksimum, terutamanya untuk kesihatan jantung anda, JANGAN TAMBAH SUSU di dalam teh anda.


Teh susu menghalang khasiat yang tedapat dalam teh


Minum teh hitam atau teh O dapat membantu melindungi anda daripada serangan jantung.

Dr. Mario Lorenz, yang membuat sebuah kajian di Berlin mengatakan, bahawa manfaat teh sangat penting dan dapat menambah kemampuan arteri untuk bekerja dengan lebih santai dan melancarkan aliran darah.



 Tetapi, dengan adanya kandungan susu, ia menghalang 'keajaiban' yang dihasilkan oleh teh ini.


teh O (tanpa susu), amat berkhasiat

Ini kerana, susu bersifat meneutralkan semua jenis reaksi kimia.Maka, kebaikan yang terdapat di dalam teh hitam ini akan turut dihalang dan dineutralkan dengan kehadiran susu di dalam minuman teh anda.

Anda boleh juga mencuba teh yang sangat berkhasiat seperti Cinch Energy Tea Mix.Sila klik SINI untuk mendapatkan maklumat mengenai teh ini.



No comments:

Post a Comment