Thursday, May 1, 2014

Individu Gemuk Cepat Tua

"Menurut kajian yang dilakukan mengenai masalah 'CHROMOSOMAL CLOCK' pada sel tubuh badan manusia, masalah kegemukan atau obesiti akan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan tabiat merokok."




Pengkaji Hospital St.Thomas, London telah melakukan 'telomere' iaitu kajian mengukur tahap kepanjangan kromosom terhadap sel darah putih.Kajian ini dilakukan terhadap 1122 orang wanita berusia antara 18 hingga 76 tahun.Setiap kali sel tebahagi dua, telomere akan kehilangan sepotong kecil DNA.

Ketika ia menjadi terlalu pendek, sel tidak lagi berupaya untuk tebahagi dua.Pemendekkan telomere ini berlaku sebagai 'CHROMOSOMAL CLOCK', melakukan perhitungan ke bawah terhadap generasi selular. Semakin pendek telomere, manusia akan semakin tua secara fizikal.

Kajian juga menunjukkan bahawa sel darah putih daripada wanita muda memiliki telomere lebih kurang sepanjang 7500 ukuran dasarnya.Panjang telomere ini menyusut seiring pertambahan usia dan rata-ratanya diantara ukuran 27 ukuran dasar per tahun.

Bila faktor gaya hidup dimasukkan di dalam pengukuran, maka satu perubahan yang drastik akan muncul.Perbezaan diantara mereka yang mengalami masalah kegemukan dan mereka yang mempunyai tubuh badan lansing mencapai 8.8 tahun. Ini bermaksud mereka yang lebih gemuk akan mengalami proses penuaan 8.8 tahun LEBIH CEPAT.



Selain kegemukan, tabiat merokok juga adalah faktor penentu menjadikan seseorang cepat tua.Perokok pada umumnya akan mengalami proses penuaan lebih cepat 4.6 tahun jika dibandingkan dengan bukan perokok.

Selain itu, para perokok tegar menghabiskan 20 batang rokok sehari, selama 40 tahun akan mengalami 7.4 tahun penuaan lebih awal.


Oleh itu, jika anda tak mahu kelihatan cepat tua, hilangkan tabiat merokok dan turunkanlah berat badan.

Sila klik SINI untuk mengetahui cara penurunan berat badan secara selamat.

No comments:

Post a Comment