Monday, May 13, 2013

TAK PERLU ELAK COKLAT KETIKA DIET




Warna coklat yang kehitam-hitaman dan melihatnya saja hati sudah tertarik untuk menikmatinya.Pengalaman menikmati rasa manis berkrim, dan berlemak pasti membuatkan anda terliur.

            Keenakannya sering membuat ramai yang beranggapan si coklat ini ‘penggoda jahat’. Hakikatnya, coklat bukanlah ‘sejahat’ yang disangka.Buktinya, pakar-pakar diet terkini juga menyarankan makanan ini dimasukkan dalama menu harian penggemarnya.

            Antara jenis coklat yang terdapat di pasaran ialah;

Caramel
Tekstur lembut dengan campuran jem kacang, caramel dan lapisan coklat yang menyeliputinya.Manis, tetapi hilang sebaik menikmati campuran kekacang rangup di dalamnya.
Buah-buahan
Buah-buahan yang dicampurkan kacang hazel memberi rasa coklat yang kurang manis,kontra dengan tekstur lembut sebaik coklat mengenai lidah.
Kekacang
Campuran antar coklat susu berkrim dan butiran badam memberi rasa yang cukup lazat dan unggul.
Coklat hitam
Rasa tulen coklat dapat dirasai apatah lagi coklat tidak berasa terlalu manis dan cukup enak.
Coklat putih
Coklatnya lembut memberi sensasi manis yang unik serta asyik ketika mengunyahnya.
Bebola coklat
Ketika dinikmati, kombinasi serbukcoklat dan lapisan coklat yang menyeliputinya begitu enak sekali. Sesekali terasa pahit dan manis berselang-seli.



Caramel chocolate


Coklat buah-buahan


Coklat hitam (dark chocolate)


Coklat putih( white chocolate)



Manfaat coklat yang tersembunyi

Coklat sebenarnya mengandungi banyak zat yang bermanfaat untuk tubuh badan. Antaranya ialah;
1)    Flavonoid- membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan keseimbangan hormone di dalam tubuh selepas pengeluaran asid nitric.

2)    Sebanyak 60% lemak di dalam coklat terdiri  daripada asid stearic yang tidak berkaitan lansung dalam proses peningkatan kadar kolesterol.


TIPS COKLAT HITAM YANG MENYIHATKAN

Coklat hitam juga dikenali sebagai bittersweet atau semisweet. Sebanyak 70%
Daripada kandungan di dalam coklat hitam adalah koko padat atau sedikit gula tambahan.Coklat hitam adalah baik untuk kesihatan kerana;

a)    Antioksidan 8x lebih banyak daripada strawberi.
b)    Mengandungi mineral seperti kalsium,magnesium dan potassium.
c)    Melancarkan aliran darah di arteri
d)    Makan sepotong kecil coklat hitam  sehari akan menurunkan tekanan darah bagi mereka yang memiliki darah tinggi.
e)    Boleh membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) sekitar 10%.
f)     Memperbaiki mood dan memberikan rasa senang dengan meningkatkan kadar serotonin dan endorphin di otak.

No comments:

Post a Comment