Monday, May 20, 2013

3 PERKARA PASTIKAN WANITA AKTIF DAN SIHAT



                Biar macam mana sibuk pun anda dengan kerjaya dan tugas mengendalikan rumah tangga, jangan abaikan kesihatan diri. Wanita yang aktif dan sihat biasanya menjaga tiga perkara dalam kehidupan mereka iaitu:

SEGARKAN HARI DENGAN JUS KEGEMARAN

Beri bonus dan kegemaran dengan mengahdiahkan jus buah-buahan kegemaran. Anda jadi lebih bersemangat untuk beraktiviti dan meneruskan kegiatan anda seharian.



MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Olahraga boleh membantu melepaskan ketegangan yang sedang anda alami.Ia juga membantu melepaskan hormone endorphin iaitu hormon yang boleh menenagkan diri anda.Sediakan waktu minimum selama 30 minit, 3 kali seminggu untuk berolahraga.

Contohnya, anda boleh berenang kerana ia boleh melatih seluruh tubuh anda serta ia tidak banyak menimbulkan tekanan pada lutut dan sendi pinggul.Mengapa berenang? Ini kerana,dalam tempoh 30 minit, ini anda dapat membakar 236 kalori.



MEMANJAKAN DIRI
Di tengah kesibukan diri, jangan lupa pula memanjakan diri anda.Tidak perlu sesuatu yang mewah.Cukup sekadar dapat menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh.

Anda boleh merawat tubuh atau mandi di tab mandi dengan lilin aromaterapi, menikmati hal-hal yang anda gemari seperti mendengar muzik, memelihara haiwan peliharaan, berkebun dan menonton filem.



No comments:

Post a Comment