Wednesday, September 24, 2014

Resepi Sihat Tanpa Minyak : Sup Lobak putih + Ayam

Anda kenal lobak putih? Pernah makan lobak putih? Jangan terkejut, ada yang tak pernah tengok pun lobak putih ni apatah lagi memakannya.Tapi jangan tak tahu, lobak putih ni tersangat banyaklah khasiatnya.Hari ini saya nak share resipi masakan saya iaitu sup lobak putih beserta ayam.Yang istimewanya, saya masak tanpa menggunakan setitik minyak pun! Healthy,no oil.



Lobak putih atau dalam bahasa Inggeris dipanggil radish mengandungi banyak khasiat tapi orang Melayu jarang makan lobak putih ni.Kalau saya pergi ke pasar untuk beli lobak putih, kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada orang Cina.Ini memang favourite mereka.Tak hairanlah apabila saya menonton Korean Show,Family Outing, boleh dikatakan setiap kali mereka memasak, pasti akan ada lobak putih.Ia ibarat sayur wajib bagi mereka.
Sedutan daripada Family Outing.Lee Hyori (kiri) menunjukkan cara memotong lobak putih kepada Daniel Henney (kanan).
Antara khasiat lobak putih a.k.a radish ialah:
  • Bagus untuk penghadaman.Kepada sesiapa yang selalu perut meragam atau makanan tak hadam,eloklah amalkan lobak putih.
  • Menambahkan susu badan (bagi ibu yang menyusukan bayi).
  • Mengelakkan pertumbuhan batu karang
  • Mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol
  • Merawat masalah selesema
  • Bagus untuk kesihatan buah pinggang
Banyak kahsiatnya kan? No wonder lah orang korea suka bebenor makan lobak putih ni.Ok,sekarang saya kongsikan resepi sup lobak putih beserta ayam.
Sedutan daripada Running Man.Ji Suk Jin sedang memegang lobak putih untuk dipotong.
Sedutan daripada Running Man episod 123.Ha Ha,Kim Jong Kook dan Go-So sedang menggunakan mesin untuk memotong lobak putih.
SUP LOBAK PUTIH BESERTA AYAM.
BAHAN-BAHAN
Ayam (ikut suka berapa banyak nak guna,bahagian mana nak masak,peha,tulang,daging)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1  kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 inchi halia
4 tangkai cili padi (terpulang ikut citarasa,saya suka letak baru kick rasanya!)
1 tangkai cili besar
Lobak putih
Daun sup
Garam
Air

CARA-CARANYA:
  1. Bersihkan dahulu ayam,buang bahagian kulit.Ayam ni terpulang pada anda nak guna bahagian mana.
2. Lobak putih dibuang dahulu untuk bahagian kulitnya.Kemudian, potong bulat atau potong dua.

3.Untuk bahan yang ditumbuk: bawang merah,bawah putih,halia dan cili api, masukkan kesemuanya kedalam lesung dan tumbuk sampai lumat.

4. Panaskan periuk.JANGAN LETAK MINYAK.
5.Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi ke dalam periuk, diikuti dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk.Biarkan ia sebati.Anda akan lihat, air akan keluar dari ikan dan bahan yang ditumbuk tadi.
6.Kemudian, masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.Seterusnya, masukkan 4-5 cawan air(bergantung pada kuantiti dan berapa orang yang makan).
7.Biarkan selama 15 minit sehingga air mendidih.
8.Setelah air mendidih, masukkan lobak putih dan garam.
9.Seterusnya masukkan lada besar dan daun sup sebagai hiasan.

Jeng,jeng,jeng.INILAH HASILNYA

Selain daripada buat sup, lobak putih ni boleh digoreng.Macam-macam resepi lagi yang boleh dibuat.

P/s: Bagi yang takut kalori bertingkek-tingkek,anda disarankan untuk mengambil Phytocol-ST daripada Shaklee.Sila klik --> SINI.

Untuk mendapatkan Produk Shaklee atau pertanyaan lanjut,sila hubungi
MAS NEZA
SMS/Whatsapp : 016-607 3849
E-mail : masneza223@gmail.com

No comments:

Post a Comment