Saturday, February 28, 2015

Tips Menggunakan Pensil Bibir Supaya Bibir Kelihatan Gojes

Bagaimana menggunakan pensil bibir dengan betul untuk menghasilkan bibir yang gojes dan menawan? Sememangnya ramai gadis yang mengidamkan untuk memiliki bibir yang dikatakan sensual dan tebal seperti pelakon Hollywood,Angelina Jolie.Namun begitu, ada juga yang mahukan bibir yang mungil kerana dikatakan dapat memberikan kesan awet muda pada wajah.


Dengan hanya menggunakan pensil bibir dan gincu, anda dapat memiliki bibir idaman.Kedua alatan ini berfungsi untuk membuatkan bibir anda nampak lebih kecil dan nipis ataupun penuh dan tebal.

Apa yang penting, warna pensil bibir mestilah sesuai dengan warna bibir anda ataupun dengan warna gincu yang akan dioles kemudian.

5 LANGKAH MENGGUNAKAN LIP LINER (PENSIL BIBIR)

  • PILIH warna pensil bibir dengan warna yang lebih muda atau sama dengan warna gincu.
  • GUNAKAN pensil bibir pada bahagian atas tengah bibir dan tarik ke hujung.
  • Ulang langkah yang sama untuk bahagian bawah.
  • Bagi mendapatkan kesan BIBIR TEBAL, aplikasikan pensil bibir pada garisan luar bibir, manakal jika anda mahu bibir kelihatan LEBIH KECIL, gariskan pensil bibir pada bahagian garisan dalam.
  • Kemudian, barulah oles gincu pada bibir agar gincu tahan lebih lama.


~Selamat Mencuba~

Untuk mendapatkan Produk Shaklee atau pertanyaan lanjut,sila hubungi

MAS NEZA
SMS/Whatsapp : 016-607 3849
E-mail : masneza223@gmail.com

No comments:

Post a Comment