Masalah sembelit dalam pantang sering kali berlaku dalam kalangan ibu-ibu. Sakit akibat bersalin belum hilang lagi, ditambah pula lagi dengan kesakitan akibat sukar membuang air besar. Perkara ini sering berlaku kerana kebiasaannya, ibu dalam pantang 'dilarang' minum banyak air.